fbpx
Anwar.

Network School: Kerajaan akan usir rakyat Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan bertindak tegas dengan mengusir mana-mana rakyat Israel yang dikesan memasuki ke negara ini untuk menyertai “Network School” di Forest City, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau percaya semua agensi berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan lain-lain sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.

Pada masa sama, katanya, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan memberi jawapan berhubung dakwaan itu dalam masa terdekat.

“Kita tidak izinkan (kehadiran warganegara Israel ke Malaysia), kalau ada, tindakan mesti diambil.

“Kalau ada rakyat Israel yang kita tidak iktiraf, kita akan usir segera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Khas Murid-Murid Sekolah Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh Yayasan ERM, di sini, hari ini.

Perdana Menteri juga memberi jaminan tersebut berada dalam perhatian semua agensi penguatkuasaan yang terlibat bagi menjalankan siasatan menyeluruh.

Beliau berkata demikian berhubung isu operasi Network School di Forest City yang menjadi perhatian selepas Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan berhubung dakwaan terdapat warga Israel menyertai program berkenaan menggunakan pasport negara kedua.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, warganegara berkenaan dipercayai menggunakan pasport negara kedua untuk memasuki Malaysia bagi menyertai program tersebut yang sekali gus menimbulkan kebimbangan rakyat.

Baru-baru ini, tular beberapa hantaran termasuk video di laman sosial Threads yang mempersoalkan tujuan sebenar “Network School” beroperasi di Forest City, yang didakwa disertai warga asing termasuk Israel.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan memaklumkan sedang menjalankan semakan dan siasatan menyeluruh terhadap isu operasi “Network School” di Forest City, Johor yang didakwa disertai warga Israel.

“KDN memandang serius sebarang perkara yang menyentuh aspek keselamatan negara, pematuhan terhadap undang-undang imigresen serta penyalahgunaan kemudahan imigresen Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN