fbpx
TANGKAP layar memaparkan seorang pelajar berpenampilan ‘black metal’ sedang membentangkan tesis. - AGENSI

Pelajar bergaya ‘black metal’ bentang tesis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah klip video memaparkan seorang mahasiswa universiti di Indonesia tampil dengan gaya ‘black metal’ ketika sesi pembentangan tugas akhir (tesis), tular di media sosial sehingga menarik perhatian meluas netizen, lapor laman berita Radar Kediri.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh akaun @santet_official, pelajar  dikenali sebagai Ragatama Ar-Rauf Rahmaputra dilihat hadir ke bilik pembentangan dengan solekan wajah bertema, serta memakai jaket kulit, imej yang sinonim dengan pemuzik genre black metal.

Penampilan luar biasa mahasiswa program pengajian Reka Bentuk Komunikasi Visual (DKV) di Universiti Telkom Purwokerto, Jawa Tengah itu bagaimanapun bukan sengaja dilakukannya. 

Sebaliknya, gaya tersebut difahamkan merupakan permintaan salah seorang pensyarah penilaiannya sendiri.

Tindakan itu bertujuan memastikan penampilan Ragatama selaras dengan topik tesis yang diangkatnya, di mana dia menghasilkan sebuah buku komik dokumentari yang mengupas sejarah sebuah kumpulan black metal tempatan bernama Santet. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN