fbpx
Tangkap layar video tular kehadiran beberapa anjing liar di Kampung Sungai Sekamat Kajang.

[VIDEO] ‘Kencing berak bersepah, sampai bila nak biarkan?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk Kampung Sungai Sekamat Kajang menyuarakan masalah kehadiran anjing liar di kawasan mereka dari segi keselamatan berikutan ada yang pernah dikejar, selain isu kebersihan ekoran najis haiwan itu yang ‘bersepah’ merata-rata.

Pengguna Threads Heyheymiloz menerusi hantaran video dan gambar mendakwa, kehadiran haiwan liar itu juga menyebabkan kemalangan di kawasan kampung tersebut.

“Anjing tunggu masa nak serang kanak-kanak tadika dekat Kampung Sungai Sekamat Kajang. Sampai bila nak biarkan benda ni? Penduduk dah penat nak hadap masalah anjing liar ni.

“Kencing berak bersepah, kejar orang sesuka hati, kejar kanak-kanak. Banyak orang kemalangan pasal anjing-anjing liar ni. Tolong lah tularkan sampai MPKJ bangun tidur tengok benda ni,” dakwanya.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai terutama penduduk Kampung Sungai Sekamat Kajang yang mengakui masalah anjing liar di kawasan mereka.

“Anjing sini dah beranak pinak terlampau banyak tak boleh dikawal. Di kawasan ini sahaja ada tiga sekolah rendah, lebih kurang empat atau lebih tadika dan beberapa pusat jagaan kanak-kanak, sangat membahayakan.

“Tolong kenakan tindakan juga kepada pihak-pihak cuba nak menjadi pencinta haiwan tak bertempat. Penduduk di sini dah letih untuk buat aduan berulang tapi masih membiak. Membahayakan dan mengganggu kebersihan. Najis anjing, anjing punggah sampah dan sebagainya,” kata Musfirah.imz.

“Kena pakat-pakat dengan penduduk untuk ambil tindakan awal pencegahan. Bila MPKJ dah datang, baru lepaskan kat depa. Harap masa MPKJ datang, anjing-anjing tu dah tiada lagi selamanya,” komen Joe_han68. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN