fbpx
API dan asap kelihatan berhampiran sebuah hotel di mana Macron menginap di Damsyik hari ini. - AGENSI

Bom meletup di hotel penginapan, Presiden Perancis selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DAMSYIK — Presiden Perancis, Emmanuel Macron terselamat daripada apa yang dipercayai cubaan membunuh beliau semasa lawatan ke Damsyik hari ini, lapor saluran berita CBS.

Istana Elysee menyatakan, Macron selamat dan akan meneruskan lawatannya selepas dua bom meletup di luar hotel tempat beliau menginap.

Macron telah meninggalkan hotel apabila letupan berlaku hari ini dan berada di istana Presiden Syria untuk mesyuarat bersama rakan sejawatnya, Ahmed al-Sharaa serta delegasi masing-masing, demikian menurut pihak presiden Perancis.

Satu sumber memberitahu agensi berita AFP bahawa sebutir bom telah diletakkan di dalam tong sampah dan satu lagi di dalam kenderaan berhampiran Hotel Four Seasons.

Televisyen Syria melaporkan, 18 orang cedera, termasuk empat anggota polis, namun tiada pengesahan mengenai kemalangan jiwa.

Tidak kumpulan penjenayah atau militan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Dalam kenyataan ringkas di platform X hari ini, Macron tidak menyebut tentang letupan itu secara langsung tetapi berkata, tiada apa yang boleh ‘memadamkan aspirasi wanita dan lelaki Syria untuk hidup di negara yang berdaulat sepenuhnya, selamat, pluralistik, dan bersatu’.

“Lawatan saya diteruskan,” tambahnya.

Kerajaan Syria terus memerangi saki-baki anggota kumpulan pengganas Daesh, manakala Amerika Syarikat serta Israel juga meneruskan terus serangan terhadap sasaran Daesh di Syria. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN