fbpx
SEORANG lelaki ditahan kerana memukul rakannya sehingga mati kerana menyangka mangsa ialah hantu. – THAIGER

Rakan disangka hantu mati kena pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Khon Kaen, timur laut Thailand ditahan kerana memukul rakannya hingga mati dengan tukul selepas menuduh mangsa ialah Phi Pop iaitu  hantu kanibal dalam cerita rakyat Thai, lapor laman berita Thaiger.

Kejadian berlaku semasa suspek dan mangsa minum minuman keras bersama-sama. Mangsa meninggal dunia di hospital selepas dipukul kira-kira 20 kali.

Polis dipanggil ke pondok di sebuah  ladang di daerah Nam Phong,  kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan), Rabu lalu. Tertuduh yang dikenali sebagai, Wichan, 59, dijumpai di tempat kejadian dan ditahan tanpa cuba melarikan diri.

Ketua balai polis Nam Phong, Kolonel (Polis)  Chumphon Buachum berkata,  Wichan dan rakannya Banjong, 57,  minum minuman keras di pondok itu sejak pagi. Mereka bertengkar lewat hari  sama  di mana Wichan menuduh Banjong ialah  Phi Pop sebelum mengambil tukul dari dalam pondok dan menyerangnya.

Banjong berulang kalo dipukul di kepala dan badan, menyebabkan kecederaan parah. Dia dibawa ke hospital berdekatan dan  kemudian meninggal dunia.

Polis merampas tukul dan barang-barang berkaitan lain sebagai bukti. Wichan didakwa atas serangan menyebabkan kematian.- AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN