fbpx
Seorang penduduk di hadapan papan tanda Kampung RTB Bukit Changgang, Kuala Langat. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Ban pecah: Dua hari pulihkan ban rebak 50 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Kerja-kerja baik pulih rebakan ban sepanjang 50 meter yang mengakibatkan banjir di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang di sini, dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, pemeriksaan mendapati rebakan itu berlaku di kawasan selekoh yang merupakan bahagian paling sensitif dalam sesebuah ban.

“Berdasarkan pengalaman, kebanyakan kawasan-kawasan yang agak sensitif yang mudah rebak ini adalah selekoh sungai. Apabila arus terlalu laju akan menolak serta menghakis rebakan.

“Sekarang ini sudah dimulakan kerja-kerja baik pulih dengan air pun mulai surut dan dijangka siap dalam tempoh dua hari,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kejadian ban pecah itu adalah di luar jangka susulan hujan berterusan dengan proses untuk kerja-kerja awal pemasangan pengukuhan tebing baru ‘schematic precast system’ (SPS) sedang dilakukan di lokasi itu.

Bagaimanapun katanya, langkah-langkah proaktif sedang dilaksanakan termasuk menimbus kembali tanah dan memasang batu penampan serta cerucuk keping di lokaliti ban terjejas.

“Selain itu, dua pam mudah alih juga diletakkan bagi proses pengaliran keluar air yang menengelami kawasan terjejas.

“Kita sudah ada beberapa tempat dikenalpasti bagi SPS ini namun dalam proses pembinaan berlaku perkara tidak diduga. Jadi, kita kena lindungi struktur ini sebelum siap,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Izham berkata, peruntukan sebanyak RM4 juta disediakan bagi ban jenis SPS di lokaliti itu yang terbukti berkesan dalam ban di lokasi yang kerap rebak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN