fbpx
JUSTIN terkandas di suku akhir Terbuka Australia selepas tewas kepada pemain Indonesia kelmarin.

Justin mula serlah potensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMARAAN ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia membuktikan perseorangan lelaki negara, Justin Hoh masih belum hilang ‘sengat’ dan mula menunjukkan potensi yang ada dalam dirinya.

Bekas juara remaja Asia itu mempamerkan aksi cukup baik pada saingan Jelajah Dunia Super 500 itu, terutamanya dalam dua pusingan awal sebelum akur tidak dapat meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen menyifatkan Justin membuktikan sentuhannya masih ada, namun perlu digilap bagi mencapai hasil terbaik.

“Pertama sekali, saya gembira untuk melihat dia (Justin) melangkah ke suku akhir selain menampilkan aksi yang sangat baik dalam dua perlawanan awal. Dia menunjukkan corak permainan yang cukup seimbang.

“Memang benar masih ada beberapa perkara perlu diperbaiki tetapi saya percaya, kita semua sudah mula melihat potensi itu. Apa yang penting sekarang adalah untuk beri tumpuan kepada beberapa kelemahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Olympic Boulevard, Sydney kelmarin, pemain No.47 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan wakil Indonesia, Moh. Zaki Ubaidillah apabila tewas straight-set 7-21, 13-21.

Sementara itu, Jonassen mengakui, banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan anak buahnya itu selepas ini seandainya dia memiliki impian untuk bersaing dengan pemain-pemain terbaik di pentas tertinggi.

“Masih banyak aspek permainan yang perlu diperbaiki tetapi ia memang sudah dijangka. Dia perlu mula memberikan fokus kepada kelemahan itu sekiranya mahu bersaing di tahap lebih tinggi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN