fbpx
UZ Pizza menerima MBOR sebagai jenama pizza tempatan yang mempunyai outlet terbanyak yang memiliki persijilan halal.

US Pizza catat nama dalam MBOR, miliki outlet bersijil halal terbanyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – US Pizza, jenama pizza milik penuh rakyat Malaysia yang diasaskan di Pulau Pinang pada tahun 1997,  mencipta sejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pengiktirafan ‘Most HALAL-Certified Local Pizza Outlets in Malaysia’.

Pengiktirafan tersebut mengukuhkan kedudukan US Pizza sebagai antara jenama makanan tempatan yang berjaya berkembang secara konsisten sambil mengekalkan komitmen terhadap pensijilan halal di seluruh rangkaian outletnya.

Majlis penyampaian pengiktirafan yang berlangsung di DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya itu dihadiri oleh wakil media, pencipta kandungan (KOL), rakan perniagaan, pembekal, vendor dan pelanggan setia US Pizza.

Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran personaliti radio, usahawan dan bekas Menteri, Khairy Jamaluddin, yang tampil sebagai tetamu khas acara. 

KHAIRY (kanan) tampil sebagai tetamu khas acara.

Mengenakan pakaian chef, beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif US Pizza, Deric Yeo, menyediakan pizza secara langsung di atas pentas serta berinteraksi dengan para pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Menurut Deric Yeo, pengiktirafan tersebut bukan sekadar satu rekod, tetapi simbol kepercayaan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap jenama tempatan.

“Ramai yang masih menyangka US Pizza berasal dari Amerika Syarikat. 

“Hakikatnya, kami adalah jenama Malaysia yang diasaskan di Pulau Pinang pada tahun 1997. 

“Kami lahir di sini, berkembang di sini dan berbangga menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan industri makanan tempatan,” katanya.

KHAIRY (kanan) bersama Deric turut melakukan demontrasi menghasilkan pizza.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, Khairy  turut mengagihkan pizza percuma kepada orang ramai yang hadir.

Inisiatif itu mendapat sambutan hangat apabila pengunjung berpeluang menikmati pizza sambil menyaksikan aktiviti pentas dan sesi interaksi bersama beliau.

Menurut Deric, pengiktirafan MBOR ini adalah hasil komitmen berterusan syarikat dalam memastikan standard halal sentiasa dipelihara di seluruh rangkaian outletnya.

“Kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak menikmati makanan dengan penuh keyakinan dan ketenangan. 

“Pensijilan halal bukan sekadar satu keperluan perniagaan, tetapi satu tanggungjawab yang kami pegang sejak hari pertama,” jelasnya.

KHAIRY memberikan Pizza kepada tetamu yang hadir.

Bersempena dengan pencapaian bersejarah tersebut, US Pizza turut melancarkan promosi khas Beli 1 Percuma 1 Pizza sehingga 31 Ogos 2026 sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap jenama tempatan itu.

US Pizza menyifatkan pengiktirafan MBOR ini sebagai satu pencapaian penting, namun bukan garisan penamat. 

Deric berkata, syarikat berhasrat untuk terus berkembang sebagai jenama pizza tempatan yang berteraskan inovasi, kualiti dan komitmen terhadap pensijilan halal.

“Tahniah ini bukan hanya milik US Pizza, tetapi milik semua pelanggan, pembekal, vendor, rakan perniagaan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong kami. 

“Ini adalah kejayaan jenama tempatan Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN