PETALING JAYA – Daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, keadaan cuaca tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang ini.
Menurutnya, amaran yang sama turut melibatkan Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan serta seluruh Melaka.
“Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Sri Aman, Sibu serta beberapa kawasan di Sarikei, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
“Sementara di Sabah, amaran melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Kota Marudu, selain Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE














