fbpx
Mohd. Masni (empat kiri) menyampaikan plak kepada wakil akhbar Kosmo! Johor, Mohd. Sharkawi Londing sebagai rakan media sempena Majlis Pra Pelancaran Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR AL/KOSMO!

Johor tuan rumah Festival Hari Muzium Antarabangsa 2026, sasar 125,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Johor dipilih sebagai tuan rumah Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 yang dijangka menarik lebih 125,000 pengunjung dari dalam dan luar negara sekaligus mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai destinasi pelancongan warisan dan budaya utama negara.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata, festival yang mengangkat tema ‘Muzium Menyatukan Dunia yang Terpisah’ itu bakal menonjolkan peranan muzium sebagai institusi yang mampu merapatkan jurang masyarakat merentasi perbezaan budaya, bahasa, geografi dan latar belakang sosial.

Menurutnya, sambutan kali ke-29 itu dianjurkan melalui kerjasama Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia bersama Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor yang dipilih sebagai tuan rumah rasmi tahun ini.

“Festival ini bakal menghimpunkan 36 institusi dan agensi muzium negeri serta Persekutuan, 12 penyertaan antarabangsa, tujuh festival sampingan dan lebih 1,000 kontinjen dari seluruh negara.

“Kami menjangkakan seramai 125,000 pengunjung akan menyertai festival kali ini yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 Jun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Mohd Masni berkata, pemilihan Johor bertepatan dengan usaha memperkukuh peranan negeri itu sebagai hab pelancongan warisan dan budaya, lebih-lebih lagi bersempena Tahun Melawat Johor 2026.

“Permuafakatan strategik antara Persekutuan dan negeri bukan sahaja memeriahkan program, malah menjadi magnet tarikan pelancong sejajar hasrat kerajaan negeri untuk menyambut 12 juta pelancong ke Johor.

“Usaha itu disokong menerusi penambahbaikan infrastruktur pelancongan serta promosi agresif produk pelancongan negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN