fbpx
Gambar hiasan.

Perlis, Kedah, Pulau Pinang diramal ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak yang dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, kawasan yang terlibat di Semenanjung meliputi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurutnya, amaran sama turut melibatkan beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.

“Cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sabak Bernam, Selangor.

“Di Sarawak pula, kawasan yang terlibat ialah Sri Aman, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN