fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di lima negeri sehingga 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perjalanan pulang kerja orang ramai petang ini berkemungkinan terganggu susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.

“Di Semenanjung, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang di Perak, selain Tanah Tinggi Cameron di Pahang.

“Johor pula membabitkan daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya hari ini.

Kata MetMalaysia, di Sarawak pula kawasan yang dijangka terjejas ialah Lundu di Kuching, Sarikei, Kanowit dan Selangau di Sibu, Tanjung Manis serta Daro di Mukah, Tatau di Bintulu, Beluru, Miri dan Marudi di Miri serta Limbang.

“Di Sabah, amaran melibatkan Keningau dan Tambunan di Pedalaman, Pantai Barat serta Kota Marudu dan Kudat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN