SENJA di Kuching, Sarawak sering membawa suasana yang tenang, lembut dan penuh nostalgia, sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Di tengah aliran Sungai Sarawak, pengalaman menaiki Sarawak River Cruise menjadi antara cara paling menarik untuk melihat wajah bandar ini dari perspektif yang berbeza. Di sebelah kanan, berdiri megah deretan bangunan kolonial dan hotel yang mencerminkan wajah moden bandar Kuching serta perkembangan industri yang pesat. Sementara di sebelah kiri pula, tersingkap pemandangan perkampungan nelayan yang sederhana, memperlihatkan sisi kehidupan tradisional yang……














