fbpx
Gambar hiasan

Dua gempa bumi lemah di Sabah, Sarawak Selasa lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua kejadian gempa bumi lemah masing-masing bermagnitud 2.9 dilaporkan berlaku di Sabah dan Sarawak pada Selasa lalu.

Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) bagaimanapun meminta orang ramai bertenang kerana gegaran yang direkodkan berada pada tahap rendah.

MetMalaysia memaklumkan, gempa bumi pertama berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 10.36 pagi dengan kedalaman 10 kilometer.

Katanya gempa bumi itu berpusat pada latitud 6.07 darjah Utara dan longitud 116.58 darjah Timur.

“Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Belud, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada hari sama, satu lagi gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 dengan kedalaman 10 kilometer berlaku di Mambong, Sarawak pada pukul 10.33 malam.

Gempa bumi tersebut berpusat pada latitud 1.32 darjah Utara dan longitud 110.39 darjah Timur, manakala gegarannya turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Samarahan dan Serian.

MetMalaysia berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi yang berlaku adalah pada magnitud lemah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi Met Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN