fbpx
Poster yang dimuat naik oleh Anwar di laman Facebook.

PM rafak sembah tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau mewakili Kerajaan Madani dan seluruh rakyat Malaysia turut mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan keafiatan berpanjangan dan berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

“Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara,” ujarnya.

Katanya, peranan institusi diraja amat penting sebagai pelindung agama Islam serta lambang perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN