KANGAR – Industri pelancongan Thailand turut terkesan dengan situasi ekonomi global termasuk krisis di Asia Barat dan kenaikan harga bahan bakar dunia yang menyebabkan berlaku sedikit penurunan jumlah pelancong berbanding sebelum ini. Presiden Persatuan Pelancongan dan Perdagangan Halal Thailand-ASEAN, Aida Oujeh berkata, bagaimanapun, Thailand terus berusaha memperkukuhkan sektor pelancongan negara itu dengan memperkenalkan pelbagai produk baharu dan tarikan tambahan khususnya di wilayah selatan negara berkenaan. “Harga minyak kini mula turun. Diesel antara 35 (RM4.26) hingga 42 baht (RM 5.11) seliter,…














