fbpx
Tengku Muhammad Ismail (kiri) berkenaan bersalaman dengan jemaah setelah selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu hari ini.

Pemangku Raja Terengganu solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Avidin berkenan berangkat menunaikan solat sulat Aidiladha bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Berangkat sama menunaikan solat sunat Aidiladha ialah adinda bongsu baginda, Tengku Fatimatuz Zahra.

Solat sunat Aidiladha terbabit diimamkan Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar.

Syed Hadzrullathfi dalam khutbah Aidiladhanya menyeru umat Islam agar mencontohi perjuangan Nabi Ibrahim yang tegas mempertahankan akidah dan tauhid Allah serta teguh apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran hidup.

Beliau juga mengingatkan umat Islam agar sentiasa mengukuhkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan ketakwaan dan mempertahanan kebenaran.

Dalam pada itu, Tengku Muhammad Ismail berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah usai selesai solat sunat Aidiladha.

Baginda dan kerabat baginda kemudiannya berangkat menziarahi Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN