fbpx
INDUSTRI semikonduktor negara menunjukkan pertumbuhan positif ekoran permintaan semakin tinggi. – Gambar hiasan

Teknologi moden tingkat kecekapan industri semikonduktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTUMBUHAN pesat industri semikonduktor global ketika ini bukan hanya bergantung kepada permintaan pasaran, sebaliknya turut dipengaruhi keupayaan infrastruktur, tenaga dan pengurusan sumber yang mampan.

Perkara tersebut diketengahkan oleh Presiden Schneider Electric Malaysia, Eugene Quah yang menyifatkan cabaran utama industri itu ketika ini adalah memastikan pembangunan sektor semikonduktor semakin berkembang seiring dengan sistem sokongan cekap serta berdaya tahan.

Menurutnya, industri semikonduktor global dijangka mencecah nilai AS$1.6 trilion (RM6.3 trilion) menjelang 2030 berbanding AS$775 bilion (RM3 trilion) pada 2024 susulan perkembangan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), automasi dan pembangunan cip generasi baharu.

Katanya, Malaysia turut menunjukkan perkembangan positif apabila pelaburan dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi terus meningkat, sekali gus memperlihatkan negara kini berada dalam fasa pelaksanaan untuk memperkukuhkan ekosistem semikonduktor tempatan.

“Pertumbuhan pada skala ini tidak boleh bergantung kepada peluasan kapasiti pengeluaran semata-mata.

“Sebaliknya, ia juga memerlukan sistem tenaga, pengurusan air dan operasi pintar yang mampu menyokong pembangunan secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengeluar cip dan kilang fabrikasi atau fabs kini perlu memberi tumpuan terhadap aspek kecekapan operasi bagi memastikan daya saing industri terus kukuh.

Katanya, penggunaan teknologi digital seperti sensor Internet Pelbagai Benda (IoT), sistem submetering dan analitik masa nyata membolehkan syarikat memantau penggunaan tenaga secara lebih terperinci serta mengenal pasti kawasan yang menyebabkan pembaziran tenaga.

“Teknologi AI dan pembelajaran mesin juga membantu mengoptimumkan penggunaan utiliti seperti sistem penyejukan air, penyaman udara (HVAC) serta sistem udara termampat bagi mengurangkan penggunaan tenaga secara keseluruhan.

SCHNEIDER Electric merupakan salah sebuah syarikat pengeluar semikonduktor di negara ini.

“Malah, terdapat fasiliti semikonduktor berskala besar berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 10 peratus dan pelepasan karbon sehingga 40 peratus menerusi teknologi pintar,” ujarnya.

Selain tenaga, pengurusan sumber alam turut menjadi cabaran penting memandangkan industri semikonduktor memerlukan penggunaan air yang tinggi dalam proses pengeluaran cip.

Sistem air kitar semula tertutup serta rawatan air sisa berasaskan AI boleh membantu meningkatkan kadar pemulihan air, selain mengurangkan tekanan terhadap bekalan air tempatan.

Pada masa sama, Eugene turut menggalakkan industri beralih kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui termasuk melalui Corporate Renewable Energy Supply Scheme dan pemasangan solar di premis industri.

“Langkah mengurangkan pelepasan karbon bukan sahaja perlu dilaksanakan di peringkat operasi kilang, malah membabitkan keseluruhan rantaian bekalan termasuk pembekal dan rakan industri lain.

“Malaysia mempunyai peluang besar untuk terus menjadi hab semikonduktor utama serantau. Namun daya saing itu bergantung kepada sejauh mana aspek ketahanan infrastruktur, strategi tenaga dan kelestarian dapat diintegrasikan dalam pembangunan industri,” katanya

Keupayaan menangani cabaran tenaga akan menentukan sejauh mana industri semikonduktor negara mampu berkembang secara pesat dan mampan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN