fbpx
Kem Hobart - Gambar hiasan

Operasi, latihan Kem Horbart berjalan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Operasi dan latihan di Kem Hobart, Kedah tidak terjejas ekoran insiden letupan bom tangan yang mengorbankan dua anggota sebelum ini.

Menegaskan perkara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, operasi serta latihan di kem tersebut akan diteruskan seperti biasa.

Pada masa sama katanya, Tentera Darat akan meneliti serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP) di kem terbabit.

“Dari segi SOP, kita melihat sama ada terdapat ruang yang boleh ditambah baik dalam pengendalian latihan tersebut.

“Kita juga meneliti aspek fasiliti dan pemantauan di Kem Hobart bagi memastikan sebarang penambahbaikan yang diperlukan dapat dilaksanakan.

“Namun, perkara itu tidak menghalang kita untuk meneruskan latihan bagi meningkatkan kesiapsiagaan tempur pasukan,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2027 (LIMA’27) di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan berhubung insiden itu masih berjalan, namun dapatan tidak boleh didedahkan sehingga proses berkenaan selesai.

Menurut beliau, pihaknya ketika ini menumpukan kepada kebajikan keluarga anggota yang terkorban termasuk memastikan segala hak dan bantuan yang layak diterima disalurkan dengan sebaiknya.

“Segala pengurusan berkaitan anggota yang terkorban telah diuruskan sebaik mungkin mengikut kelayakan. Saya sendiri menziarahi keluarga mangsa di Alor Setar pada Sabtu lalu dan bertemu isterinya.

“Walaupun anggota itu telah terkorban, keluarganya tetap sebahagian daripada keluarga Tentera Darat dan kita akan terus membantu mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN