fbpx
Keadaan Abdullah Syarapi ketika menerima kunjungan daripada Rusdi (dua dari kanan) di Hospital Ratchanakarin, Narathiwat dekat Thailand, hari ini. Foto IHSAN ISOC 4

Dua rakyat Malaysia cedera terkena bom Tak Bai mohon rawatan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Proton X50 yang mereka naiki terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, di sini hari ini memohon untuk mendapatkan rawatan di Kelantan.

Kedua-dua mangsa, Abdullah Syarapi Abd. Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, memaklumkan hasrat mereka ketika menerima kunjungan Penolong Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, Rusdi Mali petang tadi.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, dua lelaki itu sedang menerima rawatan di Hospital Ratchanakarin, Narathiwat di sini.

“Kami bekerjasama dengan Hospital Sungai Golok yang berfungsi sebagai pusat penghubung, untuk memindahkan mereka ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu di Kelantan.

“Bekemungkinan pagi esok (pemindahan kedua-dua mangsa ke Kelantan),” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, dua rakyat Malaysia cedera selepas SUV jenis Proton X50 yang mereka naiki terkena letupan bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Tak Bai hari ini.

Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Daerah Tak Bai untuk menerima rawatan dan letupan itu turut mengakibatkan SUV berkenaan mengalami kerosakan teruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN