fbpx
AL-RAWABDEH sudah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Jordan sebagai persiapan ke Piala Dunia. - JORDAN FA

ACC: Selangor FC hilang dua tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon berdepan cabaran sukar untuk mencari idea baharu bagi menghadapi final kedua Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Buriram United di Chang Arena malam esok.

The Red Giants dijangka akan hilang dua tonggak penting, Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi dimana kedua-dua pemain sudah dirakam bersama skuad kebangsaan Jordan yang kini dalam persiapan untuk ke Piala Dunia.

Bagaimanapun, kapten Selangor FC, Faisal Halim menegaskan perkara paling utama adalah seluruh pasukan harus kekal fokus untuk mengelak daripada melakukan kesilapan.

“Sudah tentu kita masih ada 90 minit lagi, walaupun kalah (pada perlawanan pertama), kedua-dua pasukan menyerang dan bertahan dengan penuh intensiti. Jadi untuk perlawanan seperti ini, kita kena kurangkan kesilapan.

“Kalau berlaku kesilapan mudah, kami pasti akan dihukum. Gol yang kami bolos pun bukannya bahaya, jadi kami kena berusaha keras dan jangan putus asa untuk hadapi perlawanan kedua,” katanya.

Pada final pertama di Stadium Majlis Bandaraya petaling Jaya, Rabu lalu, penyerang sensasi, Suphanat Mueanta meledak gol tunggal Buriram United namun ia belum menjamin kelebihan ketara buat kelab Thailand itu untuk mempertahankan kejuaraan.

Pan-gon sebelum ini sudah menyatakan kesediaan untuk melakukan apa sahaja dan menganggap peluang Selangor FC untuk melakar kejutan ke atas Buriram United masih lagi terbuka luas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN