fbpx
Mukhairi Ajmal berjaya meledak jaringan hatrik buat Selangor FC, sebentar tadi.

Selangor FC ‘gigit jari’, Kuching City layak ke Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Impian Selangor FC untuk merampas kedudukan No. 2 saingan Liga Super tidak kesampaian walaupun melakar kemenangan bergaya 6-0 ke atas PDRM FC, di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Situasi ini kerana pasukan seteru, Kuching City turut melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) di laman sendiri pada aksi terakhir liga musim ini.

Keputusan tersebut menyaksikan Gergasi Merah kekal di kedudukan ketiga selepas mengutip 52 mata, dibezakan satu mata dengan skuad The Cats yang meraih 53 mata selepas mengharungi 24 perlawanan.

Pada aksi sebentar tadi, Selangor yang dikendalikan oleh Kim Pan-gon membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan merehatkan beberapa tonggak penting seperti Faisal Halim dan Chrigor Moraes.

Namun, ia tidak menghalang misi skuad Merah Kuning untuk meraih tiga mata selepas pemain tengah, Mukhairi Ajmal meledak jaringan hatrik pada minit ke-8, m-45 dan m-89.

Tiga lagi jaringan pasukan tuan rumah diledak oleh pemain import, Alvin Fortes (m-27 dan m-29) dan Aliff Izwan Yuslan (m-53).

Kemenangan tersebut pasti menaikkan lagi semangat Selangor yang akan mengharungi aksi final Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Buriram United pada Rabu ini.

Sementara itu, Kuching City terpaksa bermandi peluh pada aksi di laman sendiri selepas diberi tentangan sengit oleh The City Boys.

Jerome Etame muncul wira Kuching City selepas meledak gol kemenangan sebentar tadi. Foto ihsan MFL

Gol tunggal skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu dijaringkan oleh Jerome Etame pada minit ke-29 untuk mengesahkan kemenangan berharga sekali gus meraih tiket ke saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN