fbpx
REAKSI Letshanaa sebaik sahaja menewaskan Miyazaki untuk mara ke suku akhir Malaysia Masters. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Malaysia Masters: Letshanaa teruskan cabaran perseorangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – K. Letshanaa meneruskan cabaran sektor perseorangan negara pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters apabila melangkah ke pusingan suku akhir dalam acara perseorangan wanita.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, pemain No.32 dunia itu mengejutkan pilihan ketiga dari Jepun, Tomoka Miyazaki 21-15, 21-17 dalam tempoh 45 minit.

Kemaraan Letshanaa nyata memberi kelegaan buat Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen yang dirundung kecewa selepas penyingkiran dua perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan Justin Hoh di pusingan pertama semalam.

Kejayaan menewaskan Miyazaki yang merupakan pemain No.9 dunia merupakan pencapaian terbaik anak didik Iskandar Zulkarnain Zainuddin itu memandangkan sebelum ini dia hanya menewaskan pemain dalam kelompok 20 teratas.

“Sekarang apa yang berubah adalah kepercayaan dan keyakinan diri. Saya sentiasa cakap apa yang paling penting adalah pemikiran kerana itu membantu saya untuk terus memperbaiki prestasi diri.

“Hari ini Tomoka (Miyazaki) pun bermain dalam keadaan tertekan kerana saya berjaya menampilkan aksi konsisten. Bagi saya, dia juga bermain sangat baik,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Menjelang aksi suku akhir esok, Letshanaa akan berdepan seorang lagi pemain Jepun, Hina Akechi yang berjaya membenam cabaran Han Qian Xi dari China dengan keputusan straight-set 21-16, 21-17.

Sementara itu, seorang lagi wakil perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei gagal untuk meneruskan kemaraan selepas tewas 13-21, 16-21 kepada pemain No.71 dunia dari India, Ashmitha Chaliha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN