fbpx
Hantar dimuat naik platform X Mossad Commentary berhubung Haroqs.

‘Wira tak didendang kami, terima kasih perkenalkan Haroqs kepada dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keluarga seorang daripada aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs yang kini diculik tentera rejim Zionis Israel, didakwa turut diugut oleh geng Mossad.

Ia susulan hantaran tular dibuat satu akaun tidak rasmi di platform X Mossad Commentary, seterusnya menerima pelbagai komen serangan daripada rakyat Malaysia.

“Ini adalah seorang daripada aktivis Global Sumud Flotilla. Kalau anda kenal ibunya, tolong bagitahu dia okey. Saya pasti dia tentu bimbang terhadapnya,” menurut kapsyen Mossad Commentary yang turut berkongsi tangkap layar video memaparkan wajah Haroqs.

Berikutan itu, pengguna media sosial rakyat Malaysia beramai-ramai menyerang akaun X tersebut di bahagian komen.

“Wira tak didendang kami. Terima kasih kerana memperkenalkannya kepada dunia. Dia sudah tentu lebih berani daripada anda yang berselindung di sebalik akaun Zionis, tinggal di negara Zionis, pembunuh kanak-kanak dan pemakai lampin pakai buang,” komen pengguna X Mia.

“Ibunya percaya dengan dia, tak macam anda, tangkap aktivis yang pergi misi kemanusiaan ke Gaza, pengecut, duduk di tanah orang macam pengemis,” komen Littlida.

“Kenapa? Takut dengan dia sebab dedahkan rahsia kotor anda pintas orang awam tak ada senjata?,” kata Mugiwara.

“Ibu dia tahu dia hero dan ramai yang menyokongnya. Tapi kami tahu ibu anda, mak kau hijau,” komen Shaft Reviews. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN