fbpx
PESAWAT jenis Piper PA-23 Apache itu terbiar di Lapangan Terbang Seville sejak 2018. - Euro News

Pesawat dilelong RM47

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Sebuah pesawat ringan yang terbiar selama lebih tujuh tahun di Lapangan Terbang Seville, Sepanyol akan dijual dalam satu acara lelongan, dengan bidaan bermula serendah €10 (RM47), lapor laman berita Euro News. 

Syarikat pengurusan lapangan terbang dan navigasi udara Sepanyol, Aena berkata, pesawat jenis Piper PA-23 Apache itu diklasifikasikan sebagai terbiar di Lapangan Terbang Seville sejak 2018. 

“Bidaan untuk pesawat enjin berkembar tersebut bermula pada harga cuma €10, tidak termasuk deposit tambahan €0.50 (RM2). 

“Kami cuba menghubungi pemilik pesawat berulang kali tetapi gagal. Pihak lapangan terbang turut mengumumkan situasi itu sebanyak tiga kali di Official State Gazette, sekiranya pemilik tampil untuk menuntutnya,” kata seorang jurucakap Aena.

Meskipun dijual pada harga murah, pesawat berkenaan dilaporkan rosak dan tidak boleh terbang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN