fbpx
Gambar menunjukkan sebuah pesawat JetBlue. - Getty Images

Pesawat penumpang langgar dron 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Penumpang penerbangan JetBlue berdepan detik cemas apabila pesawat dinaiki mereka melanggar sebuah dron semasa bersiap sedia untuk mendarat di negeri New York, lapor laman berita Gulf News. 

Pesawat jenis Airbus A321 itu melanggar dron semasa cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy selepas melakukan perjalanan dari kota raya Las Vegas, negeri Nevada semalam. 

Juruterbang memberitahu menara kawalan trafik udara bahawa pesawat itu melanggar sebuah dron semasa berada pada ketinggian 914.4 meter di ruang udara, lapor saluran berita CNN. 

Bagaimanapun, pesawat berjaya mendarat sekitar pukul 7.21 pagi (waktu tempatan). 

JetBlue mengesahkan semua penumpang selamat, manakala pemeriksaan lanjut mendapati tiada kerosakan atau kesan pelanggaran pada pesawat. 

“Keselamatan adalah keutamaan JetBlue dan kami akan memberikan bekerjasama dengan sebarang penyiasatan yang berkaitan,” kata JetBlue. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) melancarkan siasatan berhubung insiden tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN