JEMPOL – Di sebalik suasana sunyi dan redup, Tugu Peringatan Sungai Lui di sini menyimpan sejarah hitam yang mengorbankan lebih 300 penduduk ketika penjajahan Jepun lebih lapan dekad lalu. Tugu yang dibina pada 2000 bagi memperingati mangsa pembunuhan beramai-ramai itu dikatakan kurang dikenali walaupun mempunyai nilai sejarah yang tinggi buat kampung dan negara. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Felda Sungai Lui, Asrul Azmi Othman, ramai pengguna jalan raya dari Kemayan, Pahang ke Bahau, tidak menyedari kewujudan tugu tersebut……














