fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV dari jiran bertentangan memaparkan kejadian tersebut.

[VIDEO] Tular wanita herdik, cuba kurung kanak-kanak di luar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita dipercayai pengasuh memarahi seorang kanak-kanak sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Rakaman yang dikongsikan menerusi aplikasi Threads oleh pengguna dikenali sebagai zakrulikhwan itu dipercayai berlaku di sebuah taman perumahan di Bandar Sri Sendayan pada 14 Mei lalu kira-kira pukul 1.28 petang.

Berdasarkan video berkenaan, seorang wanita berbaju kuning dilihat memarahi seorang kanak-kanak di luar rumah sebelum dipercayai cuba mengurung mangsa di bahagian luar kediaman tersebut.

Kanak-kanak itu kemudian dilihat menjerit dan menangis sambil mengetuk pintu rumah bagi meminta dibenarkan masuk.

Tidak lama kemudian, wanita terbabit kembali keluar sebelum menolak kanak-kanak tersebut dan terus memarahinya berkali-kali.

Perkongsian itu meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan selain menyifatkan tindakan wanita tersebut keterlaluan.

Ramai juga menggesa jiran sekeliling mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Kalau betul pengasuh, memang tak patut layan budak macam ni,” ujar Sya.

“Kesian budak itu menangis sampai macam tu. Trauma dia nanti,” komen Hashim.

“Harap jiran bertindak segera dan laporkan kepada pihak berkuasa sebelum apa-apa tidak diingini jadi,” komen Yus. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN