fbpx
Hantaran seorang lelaki menyamar sebagai pegawai SPRM yang tular di Threads.

Jangan mudah percaya ‘pegawai SPRM’, semak identiti dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya kewujudan individu yang menyamar sebagai pegawai SPRM seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan berkata, tindakan menyamar sebagai pegawai SPRM adalah tidak sah, menyalahi undang-undang dan boleh menjejaskan integriti institusi.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sekiranya berhadapan dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai SPRM.

“Semak identiti pegawai SPRM melalui saluran rasmi sebelum memberikan sebarang maklumat atau kerjasama. Laporkan segera kepada SPRM sekiranya berdepan dengan insiden penyamaran,” katanya hari ini.

Menurutnya, perbuatan menyamar sebagai pegawai SPRM merupakan satu kesalahan jenayah.

Katanya, antara peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan ialah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menyamar sebagai penjawat awam.

“Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Tindakan tambahan juga boleh diambil di bawah undang-undang lain yang berkaitan sekiranya penyamaran tersebut melibatkan penipuan atau cubaan memperdaya masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan atau maklumat sahih boleh berbuat demikian menerusi laman web rasmi SPRM, media sosial rasmi suruhanjaya itu atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN