fbpx
MANGSA yang merupakan warga emas berumur 81 tahun pengsan di Bukit 300 sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung hari ini. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Warga emas umur 81 tahun pengsan daki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang lelaki warga emas berumur 81 tahun pengsan dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang selepas mendaki Bukit 300, Jalan Teluk Batik di sini dalam kejadian pada pukul 5.16 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa telah pengsan di aras empat bukit tersebut yang memerlukan bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan mengikuti trek sejauh 1.4 kilometer (km).

“Sebaik sahaja sampai di lokasi kejadian, mangsa didapati telah sedar dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang yang dirawat oleh petugas kesihatan awam sebelun dibawa turun menggunakan pengusung.

“Mangsa kemudian di bawa ke Hospital Seri Manjung menggunakan ambulans bomba untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN