fbpx
Poster yang dikongsi PHM di Facebook hari ini berhubung scalper.

‘Scalper’ cekik darah kaut untung berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Budaya ulat tiket atau ‘scalper’ sering dikecam kerana menunggang keterujaan orang ramai demi mengaut keuntungan segera.

Isu tersebut kembali hangat selepas tular satu tangkap layar memaparkan sebuah jam tangan edisi khas yang baru dilancarkan di pasaran, terus dijual semula (resell) oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan harga ‘cekik darah’.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), jam tangan yang harga asalnya sekitar RM1,700 itu dijual semula pada harga mencecah RM6,500, iaitu peningkatan hampir empat kali ganda daripada harga sebenar.

“Ada orang beratur sebab minat. Ada yang simpan duit sebab memang tunggu koleksi itu. Ada yang beli satu untuk pakai, bukan untuk buat untung atas keterujaan orang lain.

“‘Scalper’ bukan sekadar ‘pandai cari peluang’. Mereka menunggang keterujaan orang ramai, menyekat akses pembeli sebenar dan menjadikan minat orang lain sebagai ruang kaut untung segera,” kata PHM.

Mengulas lanjut, PHM menegaskan bahawa tindakan memboikot barangan yang dijual oleh golongan ini merupakan senjata paling kuat bagi memberi pengajaran kepada mereka yang bersikap tamak.

“Cara paling sakit untuk scalper ialah jangan beli daripada mereka.

“Biar barang itu duduk, biar mereka simpan stok. Biar mereka rasa sendiri risiko beli bukan kerana minat, tetapi kerana tamak.

“Jangan beri ganjaran kepada budaya yang merosakkan peluang pembeli sebenar,” ujar PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN