fbpx
Keadaan sesak dan aksi pergaduhan yang tercetus di pusat beli-belah Pavilion, semalam. IHSAN MEDIA SOSIAL

Pusat beli-belah diserbu, peminat jam bergaduh sampai patah tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana di beberapa pusat beli-belah sekitar ibu negara bertukar kecoh apabila ribuan peminat jam tangan jenama terkenal dilaporkan membanjiri premis seawal pagi,susulan pelancaran koleksi terbaharu, semalam.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, orang ramai dilihat memenuhi pekarangan beberapa pusat beli-belah yang mecetuskan keadaan sesak, sehingga berlaku insiden tolak-menolak.

Malah, menurut seorang pengguna dikenali Faiz, satu kejadian pergaduhan turut berlaku membabitkan beberapa inividu sdi pusat beli-belah Pavilion sehingga mengalami kecederaan patah tangan.

“Kepada pasukan Pavilion, anda sepatutnya sudah menjangkakan kehadiran orang ramai dalam jumlah besar. Namun, tiada kawalan barisan yang teratur disediakan.

“Sebab itu saya rasa pergaduhan berlaku kerana tiada sistem giliran rasmi seperti di Sunway dan TRX. Jadi orang ramai mula buat barisan sendiri dan menyerbu masuk serentak,” katanya dalam hantaran di Threads.

Dia berkata, pasukan jenama tersebut sepatutnya lebih bersedia selain merujuk kepada pihak yang pernah mengendalikan acara berskala besar sebelum ini.

Difahamkan, koleksi terbaharu jam berkenaan merupakan hasil kolaborasi bersama sebuah jenama jam antarabangsa terkenal.

Harga runcit bagi model tersebut dianggarkan sekitar RM1,700 hingga RM2,000 bergantung kepada variasi reka bentuk.

Koleksi berkenaan menjadi tumpuan kerana faktor edisi terhad, selain hanya dijual di lokasi terpilih dan tidak ditawarkan secara dalam talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN