fbpx
SEBUAH pesawat Qantas menunggu untuk berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada 27 Februari 2025. – AFP

Lelaki gigit pramugari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Syarikat penerbangan Australia, Qantas  terpaksa melencongkan penerbangan menuju ke Amerika Syarikat selepas seorang penumpang  mencetuskan gangguan dengan media tempatan melaporkan lelaki berkenaan menggigit seorang pramugari.

Penerbangan tersebut dari Melbourne menuju ke Dallas kelmarin. Ia terpaksa singgah di ibu negeri wilayah Polinesia Perancis, Papeete berikutan insiden itu.

Lelaki itu ditahan oleh penumpang lain. Media tempatan termasuk badan penyiaran Australia,  ABC melaporkan bahawa dia menggigit seorang kakitangan Qantas.

Lelaki itu diiring keluar oleh pihak berkuasa tempatan semasa ketibaan dan  dikenakan larangan terbang pada semua pesawat Qantas.

“Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan nombor satu kami dan kami mempunyai toleransi sifar terhadap tingkah laku yang mengganggu atau mengancam dalam penerbangan kami,” kata seorang jurucakap Qantas kepada AFP semalam. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN