fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Arifeman_ memaparkan sekeping nota yang diselit wang kertas oleh muridnya.

Murid selit wang di nota sebab cikgu belum gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan murni seorang murid sekolah rendah dipuji kerana menghadiahkan nota ucapan berserta wang kepada gurunya selepas mendapati guru berkenaan belum menerima gaji.

Menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Threads oleh Arifeman_, dia berkongsi perbualannya bersama salah seorang muridnya pada minggu lalu.

Menurutnya, murid berkenaan pada mulanya meminta untuk dibelanja minuman setelah berjaya mendapat gred A dalam pelajaran.

Namun, guru itu menjawab dia hanya boleh membelanjanya selepas mendapat gaji kerana bayaran untuk guru baharu (posting) sedikit lewat.

Enggan melihat gurunya berlapar selepas mengetahui situasi tersebut, murid itu mengejutkan gurunya dengan memberikan sekeping nota buatan sendiri serta diselitkan sekeping wang kertas.

“Bagi saya cikgu merupakan cikgu yang terbaik di sekolah,” tulisnya di dalam nota itu.

“Hampir menitik air mata jantan, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat,” kata guru tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan murid tersebut dan menyifatkannya sebagai seorang anak yang dididik dengan penuh sifat empati oleh kedua-dua ibu bapanya.

“Mak ayah budak itu mungkin sejenis suka bersedekah, jadi anak dia terikut-ikut kalau tahu ada orang tak ada duit makan,” ujar Nadeeya_Waris.

“Anak yang dididik punya empati memang beza. Farih Aiman, kamu buat ibu bapa kamu bangga. Mesti cikgu rasa dapat RM1 juta kan? Tahniah cikgu ada anak didik berperibadi sangat baik,” tambah Rocketmonkey8668 pula.

“Walaupun bukan cikgu, selalu dengar pasal murid yang nakal je pun stres. Bila baca pasal murid baik macam ni rasa terus sebak, tahniah guru-guru dapat mendidik jiwa anak bangsa dgn baik,” jelas _mrym.hshm. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN