fbpx
AISHA dijangka bakal cabut pendakap gigi sebelum pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical bermula.

Pendakap gigi saya dijangka cabut Julai ini – Aisha Retno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Susulan pengumuman dirinya sebagai teraju utama pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM), penyanyi Aisha Retno mendedahkan bakal membuka pendakap gigi yang dipakainya pada Julai depan.

Pada masa sama, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memaklumkan tindakan tersebut dibuat memandangkan tempoh pemakaian alat tersebut sememangnya sudah mencukupi.

“Pendakap gigi saya sudah dijangka untuk cabut paling awal Julai ini.

“Cukup tiga tahun memakai pendakap gigi,” katanya dalam Threads.

Tambah pelantun lagu Sutera itu, dia kemungkinan hanya akan menggunakan pengekang gigi (retainer) sahaja sepanjang penglibatannya dalam projek-projek besar akan datang.

“Jadi, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ogos ini dan PGLM Oktober nanti, insya-Allah pakai retainer sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Aisha diumumkan sebagai watak Gusti Putri Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang dalam pementasan teater terbitan pelakon Puan Seri Tiara Jacquelina.

Sejurus pengumuman tersebut, rata-rata peminat setia menyarankan agar Aisha membuka pendakap giginya demi memastikan penampilannya kelihatan lebih natural dan bersesuaian dengan estetika zaman klasik watak legenda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN