fbpx
Tangkap layar penjualan semula koleksi jam kolabrasi AP dan Swatch yang tular di media sosial.

Melampau, koleksi jam AP x Swatch dijual semula cecah RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktiviti ‘scalper’ kembali menjadi perhatian apabila jam tangan kolaborasi Audemars Piguet (AP) dan Swatch dikesan dijual semula pada harga mencecah RM6,000.

Tinjauan di platform media sosial mendapati, beberapa model edisi khas itu ditawarkan tiga kali ganda berbanding harga asal.

Antara model yang dikesan menerima kenaikan ketara ialah Ocho Negro yang ditawarkan sekitar RM5,800, Orenji Hachi (RM5,600), manakala OTG Roz pula mencecah RM6,000.

Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mendakwa terdapat individu mengambil kesempatan membeli jam itu dalam kuantiti terhad untuk dijual semula pada harga lebih tinggi.

“Semua jam itu tak smpai RM2000 kat kedai…kau jual harga dekat RM6,000,” kata Farizhan.

“Ya Tuhan, kau jual jam plastik ni sampai 3 kali ganda harga asal. Aku kesian dengan sesiapa yang sanggup beli benda ni,” ujar Fdnl.

“Yang beratur panjang semua tu ‘scalper’ lah, semata-mata nak jual harga tinggi macam ini, melampau dan tak masuk akal,” kata Ash.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan suasana di beberapa pusat beli-belah sekitar ibu negara bertukar kecoh apabila ribuan peminat jam tangan jenama terkenal dilaporkan membanjiri premis seawal pagi, susulan pelancaran model kolaborasi terbaharu, semalam.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, orang ramai dilihat memenuhi pekarangan beberapa pusat beli-belah yang mecetuskan keadaan sesak, sehingga berlaku insiden tolak-menolak.

Difahamkan, model terbaharu jam berkenaan merupakan hasil kolaborasi bersama sebuah jenama antarabangsa yang terkenal.

Harga runcit bagi model tersebut dianggarkan sekitar RM1,700 hingga RM2,000 bergantung kepada variasi reka bentuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN