fbpx
ANWAR (duduk tengah) di kawasan tempat duduk pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

PMX tiba awal ke Konvensyen PH 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) membuat kemunculan awal di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini sempena Konvensyen PH 2026 hari ini.

Beliau tiba di lokasi konvensyen pada pukul 12.10 tengah hari sambil diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar kemudian terus mengambil tempat di kawasan tempat duduk delegasi ketika kartunis, Zunar sedang memberikan ucapan di hadapan ribuan ahli-ahli parti komponen PH.

Turut menerima beliau mendengar ucapan tersebut, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.

Mengikut aturcara, Anwar dijadualkan berucap menyampaikan amanat Pengerusi PH pada pukul 2.45 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN