KUALA LUMPUR – Tiga ulat parkir berjaya ditahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Operasi Tindakan Khas Jaga Siri 5 2026 di sekitar Jalan Yew dan Jalan Pasar Baharu, Pudu, di sini, kelmarin.
Menurut DBKL, tindakan itu susulan aduan awam berkaitan aktiviti pengutipan bayaran parkir tanpa kebenaran di sekitar lokasi berkenaan.
“Ketiga-tiga individu yang ditahan telah di bawa ke mahkamah untuk didakwa, semalam.
“Kesemua individu dijatuhkan hukuman denda di antara RM1,200 hingga RM2,500 serta penjara di antara 2 hingga 3 bulan di bawah Seksyen 50 (3), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DBKL memaklumkan, pihaknha akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.
‘Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my/,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














