fbpx
Anggota penguat kuasa DBKL menyita barangan perniagaan warga asing di Pasar Harian Selayang. Foto DBKL

DBKL kompaun, 13 tindakan sita peniaga warga asing di Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 13 premis dan peralatan perniagaan milik warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Jalan Selayang Baru, Pasar Harian Selayang, di sini semalam.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan dijalankan terhadap aktiviti penjualan barangan am, runcit, barangan basah, buah-buahan serta sayur-sayuran yang dikendalikan warga asing tanpa lesen yang sah.

Menurutnya, sebanyak empat notis kompaun dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, manakala 13 tindakan sita dan pindah barangan turut dilaksanakan.

“Tindakan diambil ke atas peniaga warga asing termasuk individu yang menggunakan kad pelarian dikeluarkan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai dokumen pengenalan,” katanya.

Kesemua barangan dan peralatan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tujuan dokumentasi serta tindakan lanjut.

Operasi tersebut dijalankan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan UUK Pelesenan Pasar (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan di lokasi yang dikenal pasti sebagai tumpuan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

Orang ramai turut digalakkan menyalurkan maklumat atau aduan kepada DBKL bagi membantu usaha membanteras aktiviti perniagaan yang melanggar peraturan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN