fbpx
BINTANG import pelawat, Yann Mabella (tengah) turut dihimpit kecewa apabila percubaannya berjaya disekat oleh penjaga gol berpengalaman Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat. - MFL

Liga Super: Terengganu samai pencapaian musim lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KOTA KINABALU – Sabah menutup aksi Liga Super 2025/26 dengan kekecewaan apabila tewas 0-1 kepada Terengganu di Stadium Likas, sebentar tadi.

Kejayaan kali ini mengesahkan mata ke 36 buat pelawat yang berjaya menyamai pencapaian musim lalu, iaitu menamatkan kempen di tangga kelima.

Bagaimanapun, tuan rumah yang dihidangkan beberapa peluang terbaik harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal melakukan penyudah dengan lebih sempurna.

Permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama dimana beberapa peluang terbaik dicipta dinafikan oleh palang gol dan kecemerlangan penjaga gol.

Fergus Tierney yang berjaya melepasi kawalan dua pemain Terengganu berjaya melepaskan rembatan namun percubaan pada minit ke-38 sekadar menggegar palang.

Pada masa kecederaan, bintang import pelawat, Yann Mabella turut mempamerkan kelincahan sebaliknya penjaga gol berpengalaman Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat bijak membaca sekali gus 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.

Selepas aksi memasuki satu jam, Sabah FC dilihat makin garang namun sering dikecewakan oleh sentuhan penyudah.

Seterusnya, pengendali tuan rumah, Juan Torres Garrido memasukkan lebih ramai penyerang namun minit ke-81, tuah nyata berpihak kepada Terengganu yang memperoleh gol pertama menerusi Shervoni Mabatshoev.

Selepas itu, Sabah terus dihidangkan beberapa peluang terbaik tetapi sentuhan penyudah terus menghadirkan kekecewaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN