fbpx
SAFEE memiliki reputasi yang cukup baik ketika bergelar pemain, malah cemerlang menjalankan tanggungjawab ketika bergelar Presiden PFAM.

Safee Sali sanggup galas tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEGENDA bola sepak negara, Safee Sali tidak menolak kemungkinan untuk melibatkan diri secara serius dalam pentadbiran bola sepak negara termasuk menyertai Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan datang.

Sebagai rekod, peminat bola sepak tanah air terdesak untuk mencari ‘muka baharu’ untuk menyertai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk sukan No. 1 negara itu selepas terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi sebelum ini.

Antara nama yang dicanang adalah Safee selepas memiliki reputasi yang bagus ketika bergelar pemain profesional selain dihormati sewaktu menjadi Presiden Persatuan Pemain-pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Safee mengakui tidak mempunyai masalah untuk memikul tanggungjawab lebih termasuk jawatan Presiden FAM sekiranya diberi kepercayaan oleh ahli gabungan nanti demi membantu memperbaiki landskap bola sepak tempatan.

“Kalau ada ruang untuk penambahbaikan, kami sebagai muka baharu… kenapa tidak? (untuk dilantik).

“Jika ada ruang untuk buat lebih baik, saya rasa tiada masalah untuk memikul apa sahaja tanggungjawab asalkan terbabit dalam ekosistem bola sepak negara.

“(Mengenai cadangan menjadi presiden) itu adalah satu seruan daripada peminat. Kalau orang dah mendoakan saya, kenapa tidak?” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, Safee menjelaskan setakat ini pihaknya masih belum mengadakan sebarang pertemuan atau perbincangan dengan ahli gabungan atau pihak berkepentingan menjelang Kongres FAM.

“Belum lagi,” kata bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Mengikut statut FAM, mana-mana individu yang berminat untuk menjadi calon presiden perlu meraih minimum enam pencalonan untuk layak bertanding ada Kongres FAM nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN