fbpx
Mohamad menuai nanas projek rintis pintar Parlimen Kota Raja, Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Usahawan tani Bumiputera perlu daya tahan, elak dikuasai warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Usahawan tani Bumiputera perlu memiliki daya ketahanan tinggi dalam memastikan sektor pertanian terus mampan serta berdaya saing dalam jangka panjang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, aspek kelestarian ekonomi pengusaha tempatan perlu diberi perhatian khususnya apabila sebahagian sektor kini turut dikuasai tenaga kerja asing.

Beliau berkata, perkara itu bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan mengenai sikap dan kesediaan untuk meneruskan usaha ekonomi secara konsisten.

“Ini bukan kita tuju kepada sesiapa terutama Bumiputera kita. Ini soal sikap.
Mengapa ada pihak yang menganggap sesuatu perniagaan tidak menguntungkan sedangkan golongan lain mampu bertahan dan berkembang dalam tempoh panjang.

“Kalau lihat masyarakat Tionghua, mereka buat 10 hingga 50 tahun. Rugi atau untung mereka tetap pertahankan. Tapi kita kadang-kadang tinggal belakang tanpa salahkan sesiapa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meluncurkan tuaian nanas projek rintis pintar Parlimen Kota Raja di sini hari ini.

Beliau turut memberi peringatan bahawa penguasaan warga asing dalam beberapa sektor perniagaan di kawasan bandar semakin ketara, sekali gus menuntut perubahan sikap dan strategi dalam kalangan pengusaha tempatan.

Justeru katanya, beliau mahu melihat projek rintis ini yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan tanaman nanas MD2 secara berkelompok, khususnya
melibatkan golongan muda dan kumpulan B40 dapat dimanfaatkan sewajarnya.

Ujarnya, berdasarkan anggaran projek tanaman nanas MD2 bagi keluasan 2.4 hektar, projek ini dianggarkan mampu
menghasilkan pendapatan kasar lebih RM370,000.

“Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah membekalkan lebih 480,000 sulur nanas secara berperingkat bagi menjayakan pembangunan kawasan
tanaman di sini.

“Sebab kalau saya datang lagi lima tahun lagi nak lihat kalau tiada kebun nenas ada kebun lain, ertinya ada penerusan. Namun biasanya, selepas tiga atau empat tahun hilang, itu hendak cari jalan ketahanan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN