fbpx
Tangkap layar sebuah kenderaan yang disyaki mengelak daripada membayar tol.

[VIDEO] Pandu Vellfire pun elak bayar tol?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire mengelak daripada membayar tol memgundang kecaman pengguna di media sosial.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Laliatulsyazanna mendakwa pemandu MPV tersebut sengaja mengekori belakang kenderaannya dengan rapat sebelum palang ditutup.

Katanya, meskipun MPV berkenaan berjaya lolos, namun telah melanggar palang tol dan aksi tersebut berjaya dirakam kamera papan pemuka kenderaannya.

“Bodoh punya orang lari bayar tol kereta mahal tol pon tak boleh bayar pastu kejar dia lari,”tulis pengguna tersebut.

Berdasarkan klip video itu, meskipun dikejar MPV mewah tersebut terus memecut laju meninggalkan kenderaan individu tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian tersebut dan tarikh sebenar klip video itu dirakam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu MPV mewah itu kerana sikapnya yang membahayakan pemandu lain selain mengaitkan kenderaan itu dengan kes jenayah.

“Biasa orang nak lari tol ni dia akan pelan-pelan ikut belakang tak ada sampai langgar palang, pastu lari pulak tu mesti ada kes,”tulis Hafiz5333.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Neotridagger.

“Lain macam nak lari tol sampai langgar palang,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN