PETALING JAYA – “Menggigil kaki masa bawak kereta, betul-betul nampak depan mata.”
Demikian luah seorang pengguna di aplikasi Threads apabila melihat sekujur tubuh jatuh dari sebuah bangunan di Jalan Ampang, tengah hari semalam.
Berdasarkan perkongsian tersebut, individu yang dikenali sebagai Rajashazreenshahril berkata, kejadian tersebut berlaku ketika azan zuhur.
Malah, kejadian terbabit turut dirakam oleh kamera papan pemuka daripada kenderaan individu tersebut.
“Ade siapa-siapa nampak tak ada orang jatuh kat menara HSC Jalan Ampang pukul 1 lebih tadi (semalam).
“Betul-betul masa tengah azan zuhur. Tak pasti terjatuh atau pun apa. Serius menggigil kaki tadi bawa kereta, betul-betul nampak depan mata,” tulisnya sedih.
Difahamkan satu laporan polis akan dikeluarkan dan mangsa dipercayai warga asing.
Sementara itu, berdasarkan komen pada hantaran tersebut, pengguna dikenali sebagai Lost_accc mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel berdekatan menara terbabit.
“Jatuh dari tingkat 21 hotel kawasan kolam renang, tapi bukan jatuh sebab berenang. Warga China usia sekitar 30-an, jatuh kira-kira pukul 1.15 tengah hari.
“Kawasan sekitar mayat ada satu gambar. Kes masih disiasat oleh polis,” tulis pengguna itu. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














