fbpx
Antara kenderaan mewah yang disita SPRM sebelum ini.

SPRM sita, beku aset lebih RM8.8 bilion sejak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan nilai sitaan dan pembekuan aset melebihi RM8.8 bilion melibatkan pelbagai kes rasuah, pengubahan wang haram serta kesalahan berkaitan sejak tahun 2021.

Berdasarkan statistik, jumlah keseluruhan sitaan di bawah Akta SPRM 2009 (ASPRM) mencecah RM856.3 juta manakala sitaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) melebihi RM7.26 bilion.

Selain itu, jumlah pembekuan harta dan aset di bawah AMLATFPUAA serta ASPRM turut direkodkan sebanyak RM732.8 juta sepanjang tempoh berkenaan.

Tahun 2025 merekodkan jumlah sitaan tertinggi apabila SPRM menyita lebih RM6.8 bilion menerusi pelbagai operasi dan siasatan dijalankan agensi tersebut.

Bagi tindakan lucut hak, sebanyak RM206 juta direkodkan di bawah Seksyen 40 ASPRM selain RM45.1 juta di bawah Seksyen 41 ASPRM.

Statistik sama turut menunjukkan nilai ‘settlement’ atau penyelesaian kes mencatat jumlah tertinggi iaitu lebih RM15.8 bilion sepanjang tempoh lima tahun tersebut.

Daripada jumlah itu, tahun 2023 merekodkan nilai paling tinggi apabila mencecah lebih RM8 bilion, diikuti RM5.1 bilion pada tahun 2021 dan RM1.5 bilion pada tahun lalu.

Sementara itu, nilai kompaun yang dikenakan SPRM turut mencecah RM189.1 juta melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagi tahun ini setakat 30 April lalu, SPRM merekodkan sitaan berjumlah RM16.4 juta selain lucut hak lebih RM3.4 juta dan kompaun sebanyak RM10.4 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN