fbpx
Mohd. Bukri (kanan) menunjukkan sebahagian daripada koleksi barangan kemas yang terdapat di cawangan terbaharu Salamah Gold & Jewellery di Ampang baru-baru ini.

Salamah Gold & Jewellery buka cawangan ketiga di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG –  Salamah Gold & Jewellery terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri emas tempatan apabila melancarkan  pembukaan cawangan ketiganya di Galaxy Ampang Shopping Centre di sini baru-baru ini.

Pembukaan cawangan baharu itu menjadi satu lagi pencapaian penting buat syarikat berkenaan selepas kejayaan operasi mereka di Kajang dan Medan Gopeng, Perak bagi memenuhi permintaan pelanggan terhadap koleksi barang kemas dan emas moden serta berkualiti.

Pengurus cawangan Ampang, Mohd. Bukri Osman berkata, nama ‘Salamah’ dipilih sebagai simbol penghargaan kepada ibunya, Salamah Salleh yang menjadi sumber inspirasi serta kekuatan sepanjang perjalanan beliau membina perniagaan tersebut.

“Bagi saya, ibu adalah simbol kekuatan dan pengorbanan. Nama Salamah dipilih bukan sahaja mudah diingati, malah membawa nilai kasih sayang keluarga, keberkatan dan legasi yang ingin kami bina dalam jenama ini,” katanya pada sidang akhbar bersempena majlis pelancaran outlet terbaharu itu baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Bukri berkata, pendekatan layanan mesra pelanggan menjadi antara kekuatan utama jenama tersebut dalam memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman terbaik ketika berurusan di kedai mereka.

“Kami percaya layanan yang baik dan mesra pelanggan adalah kunci utama untuk memastikan pelanggan selesa dan terus memilih Salamah Gold & Jewellery tanpa mengira usia atau latar belakang,” ujarnya.

Majlis perasmian berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada pelanggan, rakan strategik perniagaan, komuniti automotif serta tetamu jemputan yang memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.

Selain menampilkan pelbagai koleksi barang kemas moden dan eksklusif, Salamah Gold & Jewellery turut mengetengahkan konsep ruang beli-belah yang lebih santai, moden dan mesra pelanggan bagi memberikan pengalaman membeli emas yang lebih selesa kepada semua lapisan masyarakat.

Selain itu, dalam usaha menarik generasi muda mendekati industri emas, pihak pengurusan optimis bahawa emas kini bukan sekadar aksesori fesyen, malah semakin mendapat perhatian sebagai instrumen simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Turut diadakan pameran kereta mewah Lamborghini pelbagai model dan motosikal berkuasa tinggi Ducati yang menjadi tarikan utama pengunjung untuk bergambar dan menghasilkan kandungan media sosial.

Turut dianjurkan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah dan pelbagai hadiah eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian sepanjang acara berlangsung.

Sementara itu, ibu pengasas, Salamah Salleh turut meluahkan rasa syukur dan bangga melihat perkembangan perniagaan yang diasaskan anaknya itu.

“Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Semoga nama Salamah ini terus membawa keberkatan dan menjadi pilihan masyarakat untuk mendapatkan emas berkualiti,” katanya.

Salamah Gold & Jewellery turut menawarkan harga ‘trade-in’ yang kompetitif, koleksi emas baharu pada harga istimewa, jualan barang kemas preloved serta kos upah yang berpatutan bagi memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai peringkat.

Mengangkat tagline “Legasi Kemewahan”, jenama itu turut memperkenalkan pelbagai koleksi moden antaranya Marissa dan Cecilia yang direka khas sesuai digayakan dalam pelbagai acara dan gaya hidup masa kini. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN