JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila menayangkan sejumlah wang tunai yang disimpan di dalam bakul, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita itu menuangkan semua duit simpanan itu di atas lantai sambil memakai baju tidur.
Wang kertas bernominasi 100,000 rupiah (RM23), 50,000 rupiah (RM12) dan 2,000 rupiah (RM0.45) itu mencecah berjuta-juta rupiah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 913,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Rupiah tidak ada nilai,” kata seorang netizen.
“Jangan tayang duit di media sosial demi keselamatan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














