fbpx
Suspek diberkas di rumah sewanya di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand baru-baru ini. - Amarin TV

Lelaki telan 25 pil kuda kurang sehari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand ditahan kerana mencuri wang 40,000 baht (RM4,867) dan menggunakan sebahagiannya untuk membeli 30 pil methamphetamine atau pil kuda, lapor portal berita Thaiger. 

Suspek dikenali sebagai Arin, 39, diberkas di rumah sewanya di daerah Tha Sala, wilayah Nakhon Si Thammarat,  baru-baru ini. 

Arin dikategorikan sebagai individu dikehendaki kerana didakwa menceroboh masuk ke sebuah rumah dan melarikan wang tunai berjumlah 40,000 baht. 

Suspek dilaporkan berada dalam keadaan khayal dan sukar untuk berkomunikasi semasa ditahan, demikian menurut polis. 

“Arin menggunakan wang yang dicuri untuk membeli 30 biji pil methamphetamine. Dia kemudian menelan 25 biji pil secara berterusan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ditangkap,” kata polis. 

Polis turut menemui lima biji pil methamphetamine dan wang tunai berjumlah 21,700 baht (RM2,640) semasa menggeledah rumah sewa suspek.

Mangsa akan dimaklumkan mengenai tangkapan itu, manakala suspek akan dihadapkan ke muka pengadilan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN