fbpx
Gambar hiasan.

Wabak hantavirus: Kapal persiaran perlu deklarasi perjalanan sebelum berlabuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) meneruskan pemeriksaan rutin menerusi sistem Malaysian Maritime Single Window susulan wabak hantavirus yang dilaporkan melibatkan kapal persiaran MV Hondius di Sepanyol.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, setiap kapal persiaran perlu membuat deklarasi perjalanan sebelum dibenarkan berlabuh.

“Buat masa ini pemeriksaan rutin dijalankan melalui sistem Malaysian Maritime Single Window dan pihak cruise perlu membuat deklarasi perjalanan menerusi sistem berkenaan. Sekiranya terdapat penumpang yang ingin turun dari kapal, pihak imigresen dan kesihatan akan menjalankan saringan terlebih dahulu sebelum dibenarkan turun,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan lapan individu dijangkiti dalam hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran berkenaan termasuk tiga kematian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN