fbpx
Anthony Loke.

Hormat Perlembagaan, Institusi Diraja jadi keutamaan – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – DAP menegaskan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran negeri perlu dibuat mengikut lunas perlembagaan serta menghormati institusi diraja, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, selagi isu melibatkan institusi negeri belum diselesaikan, tiada pelantikan baharu boleh dilakukan termasuk pelantikan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Dalam situasi politik hari ini, yang paling penting ialah memahami kedudukan Perlembagaan dan menghormati Institusi Diraja.

“Selagi isu dalam institusi belum diselesaikan, tiada pelantikan baharu boleh dibuat, tiada angkat sumpah Menteri Besar baharu dan tiada pelantikan Exco baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau yang juga Menteri Pengangkutan, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak boleh dilaksanakan sehingga semua proses berkaitan diselesaikan.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan pentadbiran negeri kekal status quo dengan Datuk Seri Aminuddin Harun terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

“Kita hormat proses, kita hormat Perlembagaan dan kita hormat Institusi Diraja,” katanya.

Anthony berkata, sekiranya DUN dibubarkan kelak, pihaknya bersedia untuk kembali mendapatkan mandat rakyat melalui pilihan raya.

“Jika sampai masanya Dewan dibubarkan, kita bersedia turun ke gelanggang untuk mendapatkan semula mandat rakyat,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN